Assalamualaikum.
Utk kamu, selamat ber-jumaat :)
hari ni nak copy paste pula post dalam group FB tentang hari Jumaat. Moga2 sama2 dapat manfaatnya. Jika ada kemusykilan ttg sanad dan matan hadith, sila rujuk pada ustaz ustazah ye :)
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Berita gembira di hari Jumaat untuk yang sudah bernikah :)
'Aus bin 'Aus as-Tsaqafi r.a meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mandi pada hari
Jumaat, dan membuatkan isterinya mandi pada hari Jumaat, kemudian awal hadir ke masjid, dan pergi dekat
dengan imam kemudian mendengar khutbah dengan penuh fokus dan mendiamkan diri, maka dia mendapat
pahala puasa dan qiamullail sepanjang tahun untuk setiap langkah yang beliau ambil ke masjid
[Sunan at-Tirmizi: 410, hadis hasan]
Imam Ibn al-Qayyim r.h.m menyebutkan dalam kitabnya Zadul Ma'ad: Imam Ahmad berkata: (membuatkan isterinya mandi( bermaksud dia bersetubuh dengan isterinya. Ini sebagaimana yang diterangkan oleh Waki' )
Dosa terhapus antara dua Jumaat...
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ( الصَّلاةُ الْخَمْسُ ، وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ ، كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ مَا لَمْ تُغْشَ ال...ْكَبَائِرُ
Abu Hurairah r.a meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda: Solat fardhu lima waktu, dan daripada satu
Jumaat ke Jumaat yang seterusnya, ia menghapuskan dosa yang berlaku antara keduanya selagi seseorang
tidak melakukan dosa-dosa besar
[Sahih Muslim: 233]
Jom datang awal ke masjid!!!
Mana satu pilihan kita? Mahu pahala sedekah seekor unta, atau pahala sedekah sebiji telur, atau tak dapat apa-apa?
عن أبي هريرة رضي الله عنه : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( مَنْ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْج...ُمُعَةِ غُسْلَ الْجَنَابَةِ ثُمَّ رَاحَ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَدَنَةً ، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّانِيَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَقَرَةً ، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّالِثَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ كَبْشًا أَقْرَنَ ، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الرَّابِعَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ دَجَاجَةً ، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الْخَامِسَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَيْضَةً ، فَإِذَا خَرَجَ الإِمَامُ حَضَرَتْ الْمَلائِكَةُ يَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ )
Abu Hurairah r.a meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat
sebagaimana mandi wajib, kemudian bertolak ke masjid (pada jam yang pertama), seolah-olah dia telah
bersedekah dengan seekor unta. Sesiapa yang pergi ke masjid pada saat yang kedua, seolah-olah dia telah
bersedekah seekor lembu, sesiapa yang pergi pada saat yang ketiga, seolah-olah dia telah bersedekah
seekor kambing bertanduk, sesiapa yang pergi pada saat keempat, seolah-olah dia telah bersedekah seekor
ayam, sesiapa yang pergi pada saat kelima, seolah-seolah dia telah bersedekah dengan sebiji telur. Apabila
imam telah keluar (untuk berkhutbah), maka malaikat akan hadir (ke dalam jemaah), dan mendengar dengan
penuh perhatian kepada khutbah.
[Sahih al-Bukhari: 814 dan Muslim: 850]
Kata Imam Syafie:
وأحب كثرة الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم في كل حال ، وأنا في يوم الجمعة ، وليلتها أشد استحبابا ، وأحب قراءة الكهف ليلة الجمعة ، ويومها لما جاء فيها
Aku suka membanyakkan selawat ke atas nabi s.a.w pada setiap keadaan..., dan pada siang dan malam
Jumaat, aku lebih-lebih menyukai amalan tersebut. Aku juga suka membaca surah al-Kahfi pada malam dan
siang Jumaat [al-Umm, Kitab as-Solat, Bab Menjawab Panggilan Jumaat, Fasal Apakah Yang
Diperintahkan Pada Malam dan Siang Jumaat]
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِنَّ مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ “
Daripada Abu Sa’id al-Khudri Radiallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Sesungguhnya sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari oleh cahaya di antara
dua jumaat.
[HR al-Hakim di dalam al-Mustadrak: 3320, Shaikh al-Albani menyatakan ia sahih, lihat Sahih al-Jami’: 6470]
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ ، قال : قال رسول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ، فَإِنَّ صَلاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً “
Abu Umamah Radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Perbanyakkan
selawat kepadaku pada setiap Jumaat. Ini kerana selawat umatku akan diperlihatkan padaku pada setiap
Jumaat. Sesiapa yang banyak berselawat kepadaku, dialah yang paling dekat denganku.
[HR al-Baihaqi di dalam Sya’bul Iman: 2777, Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis hasan lighairihi. Lihat Sahih al-Jami’: 1673]
Sunatnya membaca surah Al-Kahfi pada malam atau hari Jumaat disebut oleh ramai ulama, termasuklah
ulama mazhab Syafie. Antara mereka ialah Imam Syafie dalam al-Umm 1/239, al-Mawardi dalam al-Hawi
2/457, al-Syirazi dalam al-Tanbih m/s 45, al...-Imrani dalam al-Bayan 2/593, al-Rafie dalam fathul Aziz
4/624, al-Nawawi dalam al-Majmuk 4/548, Zakaria al-Ansari dalam Asna al-Mathalib 1/269, Ibn Hajar al-
Haitami dalam Tuhfah al-Muhtaj 2/102, al-Syarbini dalam al-Iqna' 1/184 dan ramai lagi. Tapi kenapa amalan
ini tidak masyhur di negara kita yang rata-rata bermazhab Syafie, sebaliknya yang masyhur ialah bacaan
Yasin malam Jumaat.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
p/s: hari ni saya link kan gambar comel di FB, yg captionnya ialah 'wanita yang cantik adalah wanita yang dapat menjaga harga dirinya.
dan saya tulis, 'kerana semua muslimah begitu berharga'.
p/s: hari ni saya link kan gambar comel di FB, yg captionnya ialah 'wanita yang cantik adalah wanita yang dapat menjaga harga dirinya.
dan saya tulis, 'kerana semua muslimah begitu berharga'.
pada saya lagi, harga diri seseorang juga dijaga oleh emak ayah nya, adik beradiknya, sahabat2nya, dan bakal suami nya.
kalau mak ayah izinkan anaknya keluar bermesra dengan lelaki bukan mahram,
atau adik/kakak/abang membiarkannya keluar tidak menutup aurat,
atau kawan2 mengajaknya pergi tempat hiburan i.e karaoke, club,
atau bakal suaminya membiarkannya berada di tempat ramai lelaki berkumpul,
mereka tidak membantu 'muslimah' itu menjaga harga dirinya, kan?
alhamdulillah saya ada emak ayah, abang kakak adik dan sahabat yang membantu saya menjaga harga diri.
dan insyaAllah, saya juga akan PILIH suami yang turut membantu saya menjaga harga diri.
Allahu'alam.
Allahu'alam.

0 comments:
Post a Comment