Assalamualaikum :)
First time copy artikel. Moga dapat memanjangkan peringatan yg ingin disampaikan oleh penulis.
Dan yang di bawah sedikit ulasan dari saya, utk kamu dan semua :)
Dari: Iluvislam, yg di-link kan oleh kawan FB :)
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Pada hujung minggu lepas, ketika saya sedang membantu ayah membersihkan kawasan surau, terdetik
di hati saya memikirkan bagaimana caranya mahu menggalakkan orang ramai untuk sering datang ke
surau ataupun masjid.
Dalam tidak sedar adakalanya saya merasakan hal ini tidak banyak berbeza dengan mempromosikan
kedai atau perniagaan. Method kajian mungkin sama cuma matlamat mungkin berlainan.
Objektif utama adalah melakukan suatu aktiviti promosi yang boleh membuatkan lebih ramai orang
datang ke surau. Lebih baik lagi kalau dengan satu aktiviti sahaja, orang akan datang ke surau tidak
sekali sahaja tetapi berulang-ulang kali.
Mengetahui Kenapa Orang Datang Ke Surau
Pertama sekali, ketahui demografik masyarakat setempat (kariah) disekeliling surau seperti umur, jantina, pekerjaan, kaum dan sebagainya. Daripada data-data ini barulah aktiviti dapat dirancang memenuhi kehendak dan kesesuaian masyarakat setempat.
Kemudian dikenalpasti daya tarikan yang sedia ada pada rumah ibadat ini. Hal ini boleh diketahui dengan menjawab soalan kenapa orang datang ke surau.
Pada pandangan saya, manusia (termasuk diri saya sendiri) datang ke surau mungkin disebabkan 4 faktor utama:
- Taat kepada perintah Allah dan Rasul - golongan seperti ini memang menjadi rutin buat mereka untuk datang menunaikan solat secara berjemaah seperti yang diperintahkan oleh Allah dan Nabi s.a.w.
- Golongan bermasalah - individu yang mempunyai masalah-masalah besar yang mana pada pandangan mereka penyelesaian masalah hanya di tangan Allah. Jadi mereka datang ke surau untuk memohon pertolongan-Nya.
- Golongan berhajat - individu yang mempunyai hajat tertentu yang mana pada pandangan mereka tidak mampu tercapai tanpa bantuan daripada-Nya. Walaupun begitu tidak terkecuali golongan yang ingin melepaskan hajat semata-mata dan datang ke surau untuk menggunakan prasarananya sahaja.
- Komitmen - Individu yang mempunyai komitmen atau tanggungjawab tertentu terhadap surau akan sentiasa datang ke surau. Andaikata tidak datang ke surau komitmennya tidak terlaksana, maka sama ada dia akan dimarah atau mendapat malu.
Daripada Kenapa ke Bagaimana
Antara 4 faktor di atas, apa yang paling menarik dihati saya ialah komitmen. Faktor komitmen adalah faktor yang mampu dicipta dan dikawal oleh manusia sendiri.
Sehingga hari ini komitmen diberi hanya untuk menjadi imam, bilal dan siak. Terhad kepada individu tertentu dan tidak terbuka kepada semua golongan. Jadi bagaimana untuk memberi komitmen kepada golongan masyarakat lain?
Tidak terhad kepada aktiviti ibadah sahaja, dengan melihat sekeliling surau, banyak perkara, tugas dan komitmen boleh dibahagi-bahagikan.
Saya terfikir, kenapa tidak kita anjurkan kelas menanambunga dan kelas menjahit langsir di surau. Kemudian setiap hasil dari kelas tersebut diletakkan di surau itu sendiri.
Contohnya, bagi kelas menanam bunga, setiap perserta akan menghasilkan satu pasu bunga. Minta mereka meletakkan nama mereka serta keluarga mereka pada pasu tersebut. Kemudian bunga tersebut diletakkan di kawasan sekitar surau.
Ini secara tidak langsung akan mewujudkan akan adanya komitmen mereka untuk datang ke surau bagi melihat perkembangan pokok bunga tersebut. Dalam masa yang sama mereka akan kerap ke surau untuk membersihkan dan menyiram pokok bunga tersebut.
Bagi lelaki pula mungkin aktiviti pertukangan seperti membina almari dan tempat letak kasut boleh menjadi pilihan.
Sekiranya anak-anak mereka bersekolah di sekolah agama berdekatan, tampalkan hasil karya anak-anak mereka seperti lukisan dan karangan supaya ibu bapa dapat hadir ke surau untuk melihat dan membaca hasil karya anak-anak mereka juga anak-anak orang lain.
Kesimpulan
Ini tips untuk mengimarahkan surau. Tapi secara realitinya tidak semua yang datang ke surau akan turut sama bersembahyang berjemaah di sana.
Tapi berfikir secara positif. Bermain dengan nombor seperti dalam marketing. Tidak mustahil, lebih ramai yang datang ke surau maka lebih ramailah lagi yang akan turut sama bersembahyang berjemaah di sana.
- Artikel iluvislam
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
idea yang bagus. Jika di Kelantan, di masjid atau balai2soh (surau) diadakan kelas pengajian kitab.
bila sekali kita dah pergi menyedok ilmu yang ada, mesti kita rasa BERAT untuk tinggalkan
pengajian itu. Maka, kita akan terus terikat dengan pengajian yang diadakan di masjid/ surau itu.
serius. di kelantan, Masjid di KB pun didatangi oleh makcik pakcik dari Kuala Krai, Machang.
Pengajian di Bachok pun dipenuhi muslimin muslimat dari Kb dan Tumpat. Indah kan :)
Dan, jujur saya membuat DEKLARASI di sini, saya suka pada si dia yang hatinya terikat pada masjid.
Takkan nanti dah nikah saya yang kena kata: Abang. Jom pergi masjid. Sebab lebih romantik kalau
Husband cakap: **, jom pergi Masjid. Sambil naik Mazda2 atau peugeot, atau motor AEK 700 ;) ,
atau jalan kaki :D
p/s: Kamu. Jom kita 'jumpa' di masjid :)

0 comments:
Post a Comment