salam.
ok, cuti 5bulan adalah cuti yg sgt lah panjang. byk yg amat kerja2 atau perkara2 yg boleh dibuat. and kte, sebelum cuti dh copy byk2 movie dr kawan. dan juga spjg cuti, download cerita2 di tv. kte, bukanlah movie addicted, or mletakkan mnonton tv sbgi hobi.
tp bila cuti lama begini..hee mahu juga mnonton. sbb, byk perkara yg boleh diperolehi drpd mnonton sebuah cerita. ye lah, apa yg dilayarkan berdasarkan apa yg berlaku dlm masyarakat, kan.
and i just finished watching 'airmata nur salina'. cerekarama, arahan erma fatima. lakonan umie aida dan remy ishak. sbb mnonton? sbb, kakak ipar suggest.
allahuakbar. itu sahaja yg terkeluar dr mulut ketika menonton..dan disertakan dgn air mata. Sungguh, betapa manusia itu bergantung kpd Allah.. dan betapa manusia itu akan sesat jika hidupnya tdk berpandukan quran dan sunnah.
Dari Zaid bin Arqam, r.a. katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kitab Allah Azza wa Jalla ialah tali Allah (sebab yang membawa kepada rahmat Allah), sesiapa yang menurutnya: Beradalah ia dalam hidayat pertunjuk yang sebenar-benarnya dan (sebaliknya) sesiapa yang meninggalkannya: Beradalah ia dalam kesesatan. ” (Muslim)
dr mula hubungan afka dan salina, sudah penuh dosa. ditangkap berduaan di hotel murah. bahkan perkahwinan tidak direstui makayah. Perkahwinan yg diredhai itulah perkahwinan yg diberkati. dan keberkatan sebuah perkahwinan dicapai insyaAllah melalui restu ibu bapa, yg mana perkahwinan itu mngikut ajaran quran dan sunnah.
terus pula dgn perjudian. Astaghfirullah.. Allah sudah berfirman dengan jelas ttg pengharaman judi. (ayat nih sebelum diturunkan ayat pharaman arak)
Surah al-Baqarah:219: Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) ttg khamar dan judi. Katakanlah, 'Pada kedua2nya terdapat dosa besar dan bberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosanya lebih besar dari manfaatnya....
berjudi. hidup tunggang langgang. konon berserah pada 'luck'. duit dihabiskan. business entah ke mana. dosa berbakul2. anak2 mkn duit haram. isteri mkn duit haram. Allahuakbar.. terlalu byk dosa dlm perjudian!
afka afka. kenapa hidup lupa Allah.. ada isteri cantik penyabar.. Afka sayang, Afka hargai. Tp, jika sayang dan penghargaan itu sekadar dunia, sekadar mngikut hati yg penuh dosa.. ia tdk mbawa ke mana.. bahkan, ia mnyeksa salina..
pandai pula afka tdk izinkan salina utk mnyanyi di club malam. salina sendiri, ntah mana letaknya agama terfikir utk bekerja begitu. byk lg rezeki halal yg boleh dicari.. kerja cleaner itu dh cukup baik. biar sengsara dgn khidupan dunia.. jgn sengsara dgn khidupan akhirat... na'uzubillah.
dan yg paling tdk boleh diterima ialah apabila Afka izinkan isterinya utk Man, kwn diorg yg dah lama minat pada Salina. Astaghfirullah.. mcm mana seorg lelaki boleh izinkan lelaki lain, even utk sentuh sedikit kulit isterinya.. Utk izinkan isteri bekerja di club malam pandai pula tak izinkan.
nampak sgt, Afka mhalang mengikut emosi. bukan mngikut agama. jika benar dia halang salina utk bkerja di club mlm kerana agama, dia takkan benarkan Man sentuh Salina. Tp, disbbkan dia mhalang Salina bkerja di club mlm, kerana emosinya yg halang.. sekadar dia tdk mahu menanggung cemburu.. kerana itu dia tdk kisah Man mnyentuh Salina. Dia tdk cemburu pd Salina..bahkan dia rela jadikan Salina sbgi taruhannya.
Afka pandai mengawal emosi. tp dia gagal dlm menahan marah. Lelaki, jika gagal mengawal marah dan emosi, mmg tidak (HURUF BESAR) layak utk dijadikan suami. Kenapa? jwpnnya, jelas.
dan, babak terakhir.. Salina mbunuh Afka. Di hdpn anak2. Adab pergaduhan suami isteri, yg diajar oleh Islam sudah dicampakkan entah ke mana. Bahkan, islam juga mdidik mngawal marah.. juga ntah ke mana didikan itu. Tp, tiada siapa yg tahu apa yg ditanggung Salina.. Sehingga dia sanggup mbunuh suami nya sendiri. Tapi Salian, percayalah.. Allah uji kerana Allah sayang. Dan Allah uji, dgn apa yg Salina mampu utk pikul..
Surah al-Baqarah:286: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn ksanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kbajikan) yg dikerjakannya, dan dia mendapat (siksa) dari (kjahatan) yg diperbuatnya....
Allah Maha Pengampun. Sebanyak mana dosa kita lakukan di dunia, ampunan Allah lebih banyak dari dosa kita. Allah Maha Penyayang. Aturan Allah adalah aturan terbaik. Moga kasih dan redha Allah sentiasa ada dalam hidup kita dunia akhirat.
Allahualam.
Masing2 ujian hidupnya berbeza. Masing2 mbawa takdir yg berbeza. Doa ialah wadah utk kita berbicara pada Allah. Moga kita sentiasa hidup dlm Islam. InsyaAllah kita selamat dunia akhirat.
p/s: ok ok kte tahu ini satu lakonan. (kte tdk mahu berbicara lebih soal pelakon2 itu. ini soal mesej dlm lakonan mereka.) Kte 'emosi' ketika menonton. kerana lakonan itu menggambarkan apa yg berlaku dlm masyarakat. Dan kte mmg jarang mnonton, tetapi apabila mnonton, kte menonton dgn penuh fikiran. Dan ini apa yg kte fikirkn ketika menonton, Airmata Nur Salina.






0 comments:
Post a Comment