salam alayk.
ni entry yg ke 101. tetibe nk muhasabah diri.. berapa byk entry dlm blog nih yg mberi manfaat kpd pembaca. Allahuakbar.. manusia mmg selalu lupa. Leka dan alpa dgn perasaan sendiri.
kawan2 dh mula tanye kenapa tak update blog..nk tahu kisah terbaru lah.. blog ade lagi tak.. jwpn yg diberi semua sama: terlalu byk kisah utk dishare, hingga tdk tertulis walau sepatah..
but now, i am writing about seratus satu kisah. kisah yg mungkin panjang, yang mungkin ada byk makna tersirat.. kisah yg mungkin ada byk pengalamannya..
and, as usual, blog ini kata-kata hati, and every single word dlm entry ini, it comes from deep of my heart.
semester ini, final year 1st semester.. semester yg sgt byk mengajar dan menguji khidupanku. terlalu byk gelak ketawa, terlalu byk tangis air mata.
awal semester, seperti biasa, mharapkan semester ini juga dpt dilalui dgn mudah seperti semester2 sebelumnya. tp, "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'kami telah beriman' dan mereka tidak diuiji?" Al-Ankabut:2
kesabarn diuji, keimanan diuji.. kbahagian diuji.. hati diuji.. kesihatan diuji.. segalanya. Allah, syukur alhamdulillah. Indah bila berada dlm tarbiyah Allah. bila kita diuji, mmg hati kita senantiasa akan myakinkan akal bhw Allah itu bersama kita, dan ujian2 itu mnambahkan iman dan cinta pada Allah dan rasulullah s.a.w..
i always remind kawan2, aturan Allah itu yg terbaik. adik tersayang, Nureha dan Khairi selalu ingtkan pada kakak nya ini, everything happens for a good reason. mmg setiap berlaku ada hikmahnya. lihat dgn mata hati, kita kan nampak ape hikmah di sebalik setipa kajdian.. SubhanaAllah..
semasa awal semester, diriku menerima lamaran, utk mmikul satu amanah, yg bgku, tanggungjwb nya sungguh besar. Seringkali terfikir, apa yg mereka lihat pada diriku sehingga mereka yakin akan kbolehan diriku..?
i keep myself to say no, until and unless ia menjadi satu 'fardhu ain' pada diriku utk terima. Dan diriku terima tgjawab itu bukan atas nama, bukan atas apa2 selain ats nama gerakan islam, atas nama dakwah islam.
Ditakdirkan, Allah izinkan diriku utk memahami dgn lebih dalam ayat 26, surah al-Qasas:
"Wahai ayah. ambillah dia menjadi org upahan, sesungguhnya sbaik2 org utk diambil bkerja ialah org yg kuat lagi amanah."
persediaan mental telah dibuat. memaksa diri utk menjadi yakin pada diri, sepertimana org lain yakin pada diriku.. tapi, Allah lagi tahu. Allah Maha Mengetahui. Allah tahu yg diriku bukanlah selayak yg difikirkan manusia.. diriku tdk se'kuat' dan se'amanah' yyg sehingga layak utk dijadikan pemimpin.. utk dijadikan wakil utk mbawa suara umum ke hadapan..
Syukur Allah. Syukur Engkau tunjukkan pilihan yg terbaik.. Hanya Engkau yg tahu apa yg terbaik utk ummahnya..
Ketika hari dan detik yg pernah diimpikan tiba, org dpt lihat diriku juga ada bersama dgn mereka, malah mberi semangat pada dia yg lebih layak drku.. Bersama2 ke Experimental Hall utk bersyukur ats kmenangan.. Diriku seperti biasa. Tp, tahmid dan istighfar mbasahi bibir apabila seorang kakak berkata: Safra, akak suka dgn kberanian awak. Ia mberi maksud yg sgt dalam.. Dalam, hingga diriku bersyukur dan beristighfar dgn semua yg terjadi..
Pada waktu beginilah, diriku sgt perlukan dia. Mahu mdengar pandangan daripadanya, yg selalu mberi perspektif baru dlm pmikiranku.. Tapi, Allah juga mnentukan, it seems that it needs to stop here.
Allah dah aturkan, pada saat dan ketika diriku sgt perlukan dia, dia pergi, dan dia mendiamkan diri.
Emosi jadi sungguh tdk stabil. Hati jadi sgt kompleks. Cuba utk menafsirkan perasaan sebenar.
Perasaan dan akal, mberi jawapan yg berbeza. Allahuakbar.. Bagi diriiku, dugaan hati ialah dugaan yg paling kuat. Akal selalu mengingatkan hati; Rasulullah saw bersabda : Sungguh Allah swt menciptakan kalian 40 hari pertama di alam rahim sebagai air mani, kemudian 40 hari kedua berupa gumpalan darah, kemudian 40 hari ketiga berupa gumpalan daging, lalu diciptalah bentuknya, dan ditentukan takdirnya berupa amalnya, rizkinya, ajalnya, dan apakah ia dineraka atau disorga, lalu dihembuskan padanya ruh.(Shahih Bukhari).
Jodoh itu juga rezeki.. bermakna Allah telah menetapkannya.
mmg sukar utk faham hati, lebih2 lagi jika tiada sebarang langkah diambil oleh dia.
Tak ape.. kte juga masih tdk faham perasaan sebenar kte pada kmu. Cuma, I will always be here, standing here in front of you, hope that you will realize, and at the same time, everyday i make a step, and every step makes me far from you. Jgn risau, bila kmu bersedia, cuma panggil nama kita, dan kte akan mlangkah pergi ke kmu semula, dgn izin Allah.
Maaf, jika kamu tdk suka dgn apa yg berlaku sekarang. Betul, we will never miss the water till the well runs dry. Kte tak penah terfikir utk fikir ttg kmu sehingga kmu pergi dan mdiamkan diri.
Ksabaranku juga diuji. Biarlah. Perkara ini terlalu mual utk diperkatakan. Perkara ini berlaku, dan Allah betul2 mahu tunjuk pada diriku, siapa kawan siapa tidak, siapa benar siapa tidak.
Diriku diherdik, dihina, dimaki hamun, dikutuk, dan diriku juga dicabar. Allahuakbar.
Betapa jika , hati, akal, dan diri akak meletak tepi alquran, sungguh, akak juga boleh jadi diluar kawalan.
Allahuakbar.. Ksabaran akak mmg diuji. Akak mengambil langkah utk diam, tdk perlu utk mengadu pada mana2 pihak atasan, tdk perlu mngadu pada mana2 kawan. Percayalah, bagi akak perkara ini kecil, sgt sgt kecil, tp ia dibesar2kan. Hanya satu sebab perkara ini jadi besar, iaitu kerana perasaan marah. Na'uzubillah..
Hadith Rasulullah s.a.w, bila ditanya bgaimana utk kawal marah, Rasulullah s.a.w menjawab, berta'awuz lah.
Istighfar byk2.. Jika ia tdk bkesan, muhasabahlah diri. Jgn smpi istighfar itu tiada kesan utk hati. Apatah lagi jika seorg lelaki, perasaan marah itu perlu dikawal. Ia mnunjukkan klemahan anda, lemah selemah2nya anda di mata wanita.
Akak pelik, apa sebenarnya yg berlaku. Dosa apa yg telah akak buat pada kmu, hingga akak perlu dimaki dihina sebegitu? Dik, jika tdk mahu terima cdangan akak, knp perlu marah sebegitu.. Bahkan, kmu tak dgr lagi dr mulut akak, apa yg akak nk cdgkan.. Akak tak kisah kmu taknak terima cdangan akak, tp sungguh, apa yg telah kmu buat mnyebabkan impian akak tak tercapai..
Akak tak kisah lagi jika impian akak tak tercapai, tp, apabila, semua caci maki kmu, semua perkara yg berlaku, akak sampaikan pada emak dan ayah, semasa akak mhu beritahu pada makayah akak, 'mak ayah, Ya tidak jadi utk join program itu', akak dpt lihat kkecewaan pada wajah emak dan ayah akak.
Hanya Allah yg tahu, betapa akak sedih melihat muka makayah akak waktu tu dik.. Akak doa pada Allah agar dosa akak mngecewakan makayah diampunkan..
takpe lah. betul, let bygone be bygone. Akak minta maaf, kerana bg kmu akak yg mulakan semuanya.. Dan, kmu jgn risau. Akak maafkan kmu, ats semua maki hamun kamu dan ats smua kisah buruk ttg akak yg kmu bgtahu pada org lain.
cuma akak hrp, belajarlah utk kawal marah, kerana ia boleh mngecewakan byk hati.
Banyak lagi kisah lain yg mnguji khidupanku di semsetr ini.. tp cukuplah. Diriku seorg manusia, yg tahu juga erti sedih. Tapi, pastinya diriku tdk mahu hatiku sentiasa berada dlm keadaan sedih. Diriku mahu tinggi darjat di sisi Allah, bukan di sisi manusia.
Pandangan Allah kan lebih penting dr pandangan manusia.. Dan Allah ujikan tanda Allah sayang.. Keep on smiling. Hidup ini bukan sia2, hidup ini ada matlamat. Ksedihan pasti akan mnyuramkan jalan utk mencapai matlamat hidupku. Jadi, tdk perlu utk bersedih. Di sisi Allah ada ganjaran, ada balasan. Allah Maha Penyayang.
Utk makayah, adik beradik, Ya tiada niat utk mngecewakan mak dan ayah dan korang. Ya sgt bersyukur dgn sikap positive yg ada pada makayah dan korang. Ia sgt mdidik ya. Masa Ya bgtahu Ya dilamar utk mmgang jwtn itu, makayah dan korg sgt lah gembira dan mberi sokongan. dan masa ya bgtahu ya tdk diperlukan utk mjadi wakil, makayah tetap mberi smgt utk Ya terus bersama dlm jln dakwah itu.
Mak, adik, kakna kaknis juga sanggup mdengar kisah hati dan perasaan Ya..
dan ya betul2 minta maaf kerana Ya tdk mampu utk teruskan angan2 ya utk join program itu.
bsujud syukur Ya atas nikmat keluarga ini. syukur kerana hati2 kita disatukan atas nama Allah. InsyaAllah, kita akn tetap bsama di jannah kelak.
Walau apa yg berlaku, moga hati kita sentiasa tenang. Inna Allahu ma'a assabirin.
Beberapa ayt dlm surah albaqarah, ali imran.. surah ar-rahman, surah al-fath, surah alfatihah semestinya, dan jga bberapa hadith perlu ditadabbur. Perlu di-elaborate, perlu: utk ketenangan hati dlm mnjalani semua ini. I did post to my FB, blog ayat2 quran itu, insyaAllah utk panduan dan peringatan kte bersama.
Allahuakbar.. Semua yg berlahu ada hikmah, semua berlaku atas aturan Allah.
Dan, hanya Allah yg tahu betapa hatiku sayang pada keluarga, dan sayang ini ats nama cinta dan kasih Allah. Kami sekeluarga selalu diuji, dan kami sekeluarga yakin, ujian Allah adalah cara utk kami lebih dekat pada Allah.
Kami selalu mengingatkan hati utk lihat pada contoh manusia yg paling besar kwujudannya dlm hati kami, Rasulullah s.a.w. Rasulullah diuji lebih teruk dari apa yg kami lalui.
Malah jika dilihat pada contoh yg ada di depan mata, Tuk Guru Nik Aziz juga lebih besar dugaannya dari apa yang kami lalui.
Apa saja lah ujian yg kita hadapi jika dibandingkan dgn ujian Rasulullah s.a.w dan para ulamak..
Jadi, kita perlu didik hati agar berjaya dalam medan tarbiyah Allah.. insyaAllah.
Allah bersama kami. insyaAllah. Allah satukan hati kami, Allah tetapkan kami dijalanNya. Aamin.


1 comments:
sedih je bce..... ;(
Post a Comment