zikr Allah :)

Photobucket

Thursday, March 15, 2012

hari ni, esok, lusa dan seterusnya

Ada sesiapa
yang boleh buat saya senyum dan gelak ketawa

hari ini, esok, lusa dan seterusnya?

please. i need you right now T.T


ini adalah akibat daripada takut terkena tekanan bekerja dan tekanan menghadap file yang sangat banyak, dan tekanan memikirkan 'solution' untuk lepas satu satu kes,
dan tekanan akibat keletihan.
jadi disebabkan takut itu ini,
seriously i need you right now.
(lagu background: I Wish You Were Here, Avril :D )

euw. ngada ngada sangat nih.
gaya macam sangat lah banyak kerja
walhal time officemate tengah kelam kabut kerja
saya tetap juga ketawa bila ada benda perlu ketawa. hehe

ye saya suka ketawa sbb saya suka tgk orang lain gembira.
sama juga seperti mana saya suka tengok icon smiley yang sangat comel dan ceria.
(Lagu background: Senyum seindah suria. Yang membawa cahya.. lalalalala )

saya juga suka menangis,
seorang diri,
kerana diri sendiri.
kerana dosa, kerana salah saya sendiri.
(Lagu background: Air Mata Keinsafan T.T Allahuakbar.. )

saya tamau orang lain tahu saya sedih sedih,
saya tamau orang lain tumpang saya sedih,
dan saya sangat tidak mudah menangis kerana orang lain.

kecuali bila benda tu sedih la. mcm tgk iklan sedih ke.. movie sedih ke..
hati i ni macam awan mendung berarak tau :D

jadi nya, untung mereka2 yang pernah tengok saya nangis
(family saya yg paling beruntung. hehe)
dan 'untung' juga mereka-mereka yang mampu buat saya menangis.. :'(

okay dah dah. happy2 semula. ceria2 semula.
life is too short. let happiness be with us, here and in the hereafter.
Aamin.

p/s: Kamu. Happy happy ya. Happy happy sama macam mana saya happy :)
sebab, kamu la orang yang hari ini, esok, lusa dan seterusnya,
yang akan buat saya senyum dan bergelak ketawa.
bahagia, dunia akhirat. insyaAllahu wa aamin :)
(Lagu background: Penghujung Cintaku :) )

Wednesday, March 14, 2012

selepas mahasiswi~


Assalamua'laikum.
Diary Dearie..

ewah. hehe. tetibe rasa nak menulis,
ala ala menulis diary.
sila lah baca nya. ini diary versi not confidential. :)

alhamdulillah. skrg sedang menjalani kehidupan sebagai seorang graduan yang sudah bekerja.
Allahuakbar.
rezeki Allah, aturan Allah, Allah Maha Mengetahui.

lepas habis exam in january, tak buat apa2 pun melainkan berjalan2 dan berehat2.
dapat ke ipoh, dapat ke kuantan..
dan dapat rehat rehat di KL.
nak g cameron, ayah dah bg greenlight tapi tetiba tak jadi.
ayah bagi greenlight pun mcm terpaksa. huhu

2 weeks do nothing, dapat result, alhamdulillah. syukur sgt2.
ingat lagi malam cek result, malam tu la bunga api berteriakan di luar PV12.
sweet kan?
rasa seperti semua orang merasai kegembiraan saya.
terima kasih Allah.
terima kasih ayah emak.
terima kasih pendidik.
terima kasih kawan2.
terima kasih semuanya.

Semoga dengan sedikit ilmu perundangan yang dipinjamkan oleh Allah
dapat saya manfaatkan kepada islam dan masayarakat.
aamin.

lepas dapat result,
balik berkhidmat seketika di kelantan.
jadi R.A utk PAS.
ehem. ye la klu kerja utk kerajaan negeri kelantan, kerja utk PAS lah kan? :D

suka. suka sgt. gerak kerja mereka sgt menjaga ikhtilat.
then it depends on us: nak menjaga atau tidak.
cth nya, mcm office ni, tingkat atas utk muslimat.
tingkat bawah utk muslimin.
bila perlu je muslimin naik atas,
bila perlu je muslimat turun bawah, berteman.
bagus kan :)

serius rindu kelantan. rindu bia'h kelantan.
rindu semuanya ttg kelantan.
kuliah TGNA setiap pagi jumaat..
belajar kitab di masjid salam, masjid qudus, masjid telipot..
rindu nk g solat asar hari selasa di masjid pulau melaka berimamkan TGNA..
Allah Allah..
Rindu ini pasti akan terubat. insyaAllah..

dalam masa sebulan di kelantan, sempat juga berprogram.
termasuk lah prog: Seminar Tiga Dekad Kebangkitan PAS Kelantan.
Jadi committee bahagian IT, buat report.
program di Pondok Pasir Tumboh..
Dapat jumpa beberapa org kawan. Masa tu pondok tgh cuti maulidurrasul..
jadinya ada kawan yang tak dapat nk berjumpa :'(
anyways,
yang best nya jadi commitee program ni, 
dapat plug yg ada signature dan pesanan TGNA. Jeles tak? sila lah :P
selalu join program di kelantan, dapat tshirt labuh free (sahaja). hehe
oh ye pernah juga dapat dirham. ini pun best. sila jeles lagi :PP

Dan sekarang,
syukur banyak2 pada Allah..
rezeki di KL, ber chambering di KL..
masa yang sangat lama diperlukan utk memilih samada nak chambering di KL atau di Kelantan,
atau di Ipoh.
Ramai yang saya tanyakan pendapat.
Mak suruh di KL, a better place for you to learn compared to Kelantan.
Ayah kata: sohor sgt dgn KL tuh.
Both i agree :D
ada senior saya jawab, dan ini jwpn paling best:
buat lah di kelantan. bersama mahram itu lebih baik.
Allah. Time senior ni jawab gini mmg rasa nk bermastautin di kelantan..
tapi orang terakhir saya tanya, dia pula jawab: KL.
dan akhirnya saya pilih, ber chambering di KL.. :)
Lagipun mak kan suggest KL. Ayah pula, tak kesah pun klu ke KL.. tp mungkin ayah akan meneruskan kempen utk balik bekerja di kelantan^^

btw. jujur dari hati:
saya nk chambering di Kelantan sbb bia'h nya. insyaAllah saya akan lebih terjaga.
Saya ni dah la lemah iman T.T takut T.T
kalau ada mak ayah, rasa lebih secure.. Redha mak ayah kan Allah redha..
boleh g masjdi dgn makayah.. boleh g kuliah dgn makayah.. boleh malam2 g menadah kitab.. Allah. Indahnya..
tapi, cara bekerja di kelantan terlalu leisure..
saya jadi 'sakit' bila terpaksa hold file lama2, pending kerja.. sbb request doc tp bertahun lamanya baru boleh dapat.. (exaggerate sikit :D )
saya dah biasa bekerja dengan cara yg lebih sistematik dan pantas kot.. ye lah di uia, semuanya sistematik dan cepat cepat..

dalam masa yang sama,
saya juga nak chambering di KL..
sbb, gerak kerja yang pantas. yeah produktif. i like :)
cuma... KL terlalu dunia.. Terlalu mengejar dunia.. terlalu lupa akhirat.. :'(

tapi alhamdulillah.. segala puji bagi Allah..
Allah atur semuanya dgn baik..

saya dapat firm di area KLCC, dekat dgn firm saya ber attachment dahulu.

dulu kat megan avenue II.
first day attachment dah OT. pastu bila turun je bawah jalan nk ke LRT,
akan lalu pub, manusia pakai tak tutp aurat (baca: seksi), arak.. lagu rancak yg mcm apa ntah..
Huwaaa serius nak nangis. Takut! Takut pada terlalu duniawi nya KL. Dan sedih! :((
officemate tak solat alasan takut bos cina marah.. 
walhal saya solat zuhur sempat je after lunch.. solat asar dapat je awal waktu..
lagipun nk g solat kena turun bawah, ada lah alasan nk keluar menghirup udara luar seketika.
masa officemate bg alasan takut bos marah
saya cuma jawab: org cina skrg faham dah ritual org islam.. kte g solat bos tak marah pun.. asal kerja siap.. dan yg paling penting, kita takut Allah marah.. bukan bos..
sambil terus jalan bersama ke LRT KLCC..


dan sekarang kat SDB..
LRT yang sama: KLCC. Jalan yang sama, naik di avenue K.
cuma, bangunan yang berbeza..
dan suasana yang berbeza :))
Alhamdulillah..
tempat solat ada dalam office. firm Chinese tapi staff half chinese half malay.
lawyer 2 org je malay.. partner seorang je malay..
chambering student, dua dua malay.. :)
suasana sgt friendly. clerk ada yg dh kerja 16 tahun.. 10 tahun.. 5 tahun..
dan diorg semua tak kedekut ilmu.. dan masih 'menghormati' student chambering.
they always remind themselves,
one day, safra will become a lawyer..
Aamin aamin.
bukan nya tinggi darjat menjadi seorang lawyer, cuma maksud mereka.. ye, satu hari nanti chambering student pula akan menjadi seorang lawyer..

ala jadi lah apa2 asalkan tinggi taqwa pada Allah.
manusia terlalu membezakan darjat. kdg kdg. kan.

ohh so between KL or Kelantan, or mana2 pun,
carilah tempat kerja yg kita blh rasa selamat dan terjamin di dlm nya.
pilih tempat yang kita boleh solat diawal waktu dan solat sunat dhuha setiap pagi, itu sudah cukup.
kalau dapat cari tempat yang boleh solat jemaah dan ada usrah mingguan, itu laaaaagi baik!
insyaAllah,
terjaga nya waktu solat, maka terjagalah urusan kehidupan kita..
dunia akhirat..

apa2 pun, alhamdulillah.. aturan Allah mmg terbaik..
syukur sgt2..

Akhir kata,

utk semua yang hadir dalam hidup saya,
semasa saya seorang mahasiswi,
dan selepas menjadi seorang mahasiswi,
dan sekarang menjadi seorang yang bekerjaya..
terima kasih utk semuanya.
Semoga Allah membalas kebaikan anda semua di dunia dan juga di akhirat.

Moga kita semua senantiasa dalam redha dan rahmat Allah, 
dan percayalah,
Allah juga aturkan yang terbaik utk anda..
aamin :)


Wednesday, March 7, 2012

saya dan GBU :)


saya tanya pada kawan kawan dalam GBU,

pernah tak korang bila dengan kawan ketawa yang amat,
tapi jauh dalam hati,
korang menangis?

sedih kan :'(

Allahuakbar..


btw. to let the whole world know,
saya gembira dgn kwn2 GBU,
dan saya suka bergelak ketawa dengan kwn2 GBU.

all of them are totally
awesome :)

Saturday, February 18, 2012

Syria.. Apa yang berlaku. (copy paste)

copy paste, dr artikel yg ditulis di facebook oleh Muhammad Nur Aufa. Barakallahu 'alaih.

Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama' syria,Syeik Hassan di UPM yang datang ke malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria:)Ana turut berkesempatan berada disana.

PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
(Jzkk AKH Abu Abdullah)
(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)

Sunday, January 29, 2012

Masih Untukmu


.Afgan. Masih Untukmu.

Mungkin aku bukanlah aku

Yang terlukiskan di mimpimu

Mungkin aku membuatmu jemu

Seiring waktu yang berlalu

Engkau meninggalkan diriku

Menepikan diriku

Kini aku berharap waktu

Membawamu dan kekasihku

Merasa jemu dengan waktu

dan berpisah lalu

Kau datang padaku saatku masih untukmu

Ku berharap suatu hari nanti

Aku menjadi yang kau mau

Aku kehilangan dirimu

Sungguh kehilanganmu..


Friday, January 6, 2012

She is :)


Cinta Terakhir. Aiman

kau cinta pertamaku

kau cinta terakhirku

tiada apa yang bisa menafikan kasih kita

kau ayu dimataku

satu antara seribu

tiada tara di dunia

mungkinkan terputus di tengah jalan

mungkinkan terlerai tanpa ikatan

usah ragu dengan takdir

kau ayu dimataku

satu antara seribu

tiada tara di dunia

mungkinkan terputus di tengah jalan

mungkinkan terlerai tanpa ikatan

usah ragu dengan takdir

mungkin kitakan berbeza haluan

berakhirnya cerita percintaan

segalanya ketentuan tuhan

mungkinkan terputus di tengah jalan

mungkinkan terlerai tanpa ikatan

usah ragu dengan takdir

mungkin kitakan berbeza haluan

berakhirnya cerita percintaan

segalanya...segalanya

mungkinkan terputus di tengah jalan

mungkinkan terlerai tanpa ikatan

usah ragu dengan takdir

mungkin kitakan berbeza haluan

berakhirnya cerita percintaan

segalanya ketentuan tuhan

segalanya ketentuan tuhan....


p/s: pernah baca kawan2 post di fb: i hope when my child asks me 'dad, who was your first love?' , i will go to my room and show to my child, 'she is' :)


Wednesday, December 28, 2011

cincin dan saya :)


Cincin di jari telah dipakai selama 3tahun.
29 december,
dari umur 20 tahun hingga 23 tahun.

hadiah dari emak sayang.

insyaAllah tahun depan masih kekal di jari ini, juga :)


Thursday, December 22, 2011

Facebook saya di hari Jumaat :)


Assalamualaikum.
Utk kamu, selamat ber-jumaat :)

hari ni nak copy paste pula post dalam group FB tentang hari Jumaat. Moga2 sama2 dapat manfaatnya. Jika ada kemusykilan ttg sanad dan matan hadith, sila rujuk pada ustaz ustazah ye :)


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Berita gembira di hari Jumaat untuk yang sudah bernikah :)


'Aus bin 'Aus as-Tsaqafi r.a meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mandi pada hari

 Jumaat, dan membuatkan isterinya mandi pada hari Jumaat, kemudian awal hadir ke masjid, dan pergi dekat

 dengan imam kemudian mendengar khutbah dengan penuh fokus dan mendiamkan diri, maka dia mendapat

 pahala puasa dan qiamullail sepanjang tahun untuk setiap langkah yang beliau ambil ke masjid

[Sunan at-Tirmizi: 410, hadis hasan]


Imam Ibn al-Qayyim r.h.m menyebutkan dalam kitabnya Zadul Ma'ad: Imam Ahmad berkata: (membuatkan isterinya mandi( bermaksud dia bersetubuh dengan isterinya. Ini sebagaimana yang diterangkan oleh Waki' )
 
 
Dosa terhapus antara dua Jumaat...

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ( الصَّلاةُ الْخَمْسُ ، وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ ، كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ مَا لَمْ تُغْشَ ال...ْكَبَائِرُ


Abu Hurairah r.a meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda: Solat fardhu lima waktu, dan daripada satu
 
 Jumaat ke Jumaat yang seterusnya, ia menghapuskan dosa yang berlaku antara keduanya selagi seseorang
 
 tidak melakukan dosa-dosa besar
 
[Sahih Muslim: 233]
 
 
 
Jom datang awal ke masjid!!!

Mana satu pilihan kita? Mahu pahala sedekah seekor unta, atau pahala sedekah sebiji telur, atau tak dapat apa-apa?



عن أبي هريرة رضي الله عنه : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( مَنْ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْج...ُمُعَةِ غُسْلَ الْجَنَابَةِ ثُمَّ رَاحَ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَدَنَةً ، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّانِيَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَقَرَةً ، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّالِثَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ كَبْشًا أَقْرَنَ ، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الرَّابِعَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ دَجَاجَةً ، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الْخَامِسَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَيْضَةً ، فَإِذَا خَرَجَ الإِمَامُ حَضَرَتْ الْمَلائِكَةُ يَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ )



Abu Hurairah r.a meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat
 
 sebagaimana mandi wajib, kemudian bertolak ke masjid (pada jam yang pertama), seolah-olah dia telah
 
 bersedekah dengan seekor unta. Sesiapa yang pergi ke masjid pada saat yang kedua, seolah-olah dia telah
 
 bersedekah seekor lembu, sesiapa yang pergi pada saat yang ketiga, seolah-olah dia telah bersedekah
 
 seekor kambing bertanduk, sesiapa yang pergi pada saat keempat, seolah-olah dia telah bersedekah seekor
 
 ayam, sesiapa yang pergi pada saat kelima, seolah-seolah dia telah bersedekah dengan sebiji telur. Apabila
 
 imam telah keluar (untuk berkhutbah), maka malaikat akan hadir (ke dalam jemaah), dan mendengar dengan
 
 penuh perhatian kepada khutbah.
 
[Sahih al-Bukhari: 814 dan Muslim: 850]
 
 
 
Kata Imam Syafie:

وأحب كثرة الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم في كل حال ، وأنا في يوم الجمعة ، وليلتها أشد استحبابا ، وأحب قراءة الكهف ليلة الجمعة ، ويومها لما جاء فيها



Aku suka membanyakkan selawat ke atas nabi s.a.w pada setiap keadaan..., dan pada siang dan malam

 Jumaat, aku lebih-lebih menyukai amalan tersebut. Aku juga suka membaca surah al-Kahfi pada malam dan

 siang Jumaat [al-Umm, Kitab as-Solat, Bab Menjawab Panggilan Jumaat, Fasal Apakah Yang

 Diperintahkan Pada Malam dan Siang Jumaat]




عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِنَّ مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ “



Daripada Abu Sa’id al-Khudri Radiallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

 Sesungguhnya sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari oleh cahaya di antara

 dua jumaat.

[HR al-Hakim di dalam al-Mustadrak: 3320, Shaikh al-Albani menyatakan ia sahih, lihat Sahih al-Jami’: 6470]




Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,



عَنْ أَبِي أُمَامَةَ ، قال : قال رسول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ، فَإِنَّ صَلاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً “



Abu Umamah Radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Perbanyakkan
 
 selawat kepadaku pada setiap Jumaat. Ini kerana selawat umatku akan diperlihatkan padaku pada setiap
 
 Jumaat. Sesiapa yang banyak berselawat kepadaku, dialah yang paling dekat denganku.
 
[HR al-Baihaqi di dalam Sya’bul Iman: 2777, Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis hasan lighairihi. Lihat Sahih al-Jami’: 1673]
 
 
 
Sunatnya membaca surah Al-Kahfi pada malam atau hari Jumaat disebut oleh ramai ulama, termasuklah
 
 ulama mazhab Syafie. Antara mereka ialah Imam Syafie dalam al-Umm 1/239, al-Mawardi dalam al-Hawi
 
2/457, al-Syirazi dalam al-Tanbih m/s 45, al...-Imrani dalam al-Bayan 2/593, al-Rafie dalam fathul Aziz
 
 4/624, al-Nawawi dalam al-Majmuk 4/548, Zakaria al-Ansari dalam Asna al-Mathalib 1/269, Ibn Hajar al-
 
Haitami dalam Tuhfah al-Muhtaj 2/102, al-Syarbini dalam al-Iqna' 1/184 dan ramai lagi. Tapi kenapa amalan
 
 ini tidak masyhur di negara kita yang rata-rata bermazhab Syafie, sebaliknya yang masyhur ialah bacaan
 
 Yasin malam Jumaat.



^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

p/s: hari ni saya link kan gambar comel di FB, yg captionnya ialah 'wanita yang cantik adalah wanita yang dapat menjaga harga dirinya.
dan saya tulis, 'kerana semua muslimah begitu berharga'.


pada saya lagi, harga diri seseorang juga dijaga oleh emak ayah nya, adik beradiknya, sahabat2nya, dan bakal suami nya.

kalau mak ayah izinkan anaknya keluar bermesra dengan lelaki bukan mahram,

atau adik/kakak/abang membiarkannya keluar tidak menutup aurat,

atau kawan2 mengajaknya pergi tempat hiburan i.e karaoke, club,

atau bakal suaminya membiarkannya berada di tempat ramai lelaki berkumpul,

mereka tidak membantu 'muslimah' itu menjaga harga dirinya, kan?



alhamdulillah saya ada emak ayah, abang kakak adik dan sahabat yang membantu saya menjaga harga diri.
dan insyaAllah, saya juga akan PILIH suami yang turut membantu saya menjaga harga diri.
Allahu'alam.


Wednesday, December 21, 2011

artikel utk dikongsi bersama :)

Assalamualaikum :)


First time copy artikel. Moga dapat memanjangkan peringatan yg ingin disampaikan oleh penulis.

Dan yang di bawah sedikit ulasan dari saya, utk kamu dan semua :)

Dari: Iluvislam, yg di-link kan oleh kawan FB :)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Pada hujung minggu lepas, ketika saya sedang membantu ayah membersihkan kawasan surau, terdetik

 di hati saya memikirkan bagaimana caranya mahu menggalakkan orang ramai untuk sering datang ke

 surau ataupun masjid.

Dalam tidak sedar adakalanya saya merasakan hal ini tidak banyak berbeza dengan mempromosikan

kedai atau perniagaan. Method kajian mungkin sama cuma matlamat mungkin berlainan.

Objektif utama adalah melakukan suatu aktiviti promosi yang boleh membuatkan lebih ramai orang

 datang ke surau. Lebih baik lagi kalau dengan satu aktiviti sahaja, orang akan datang ke surau tidak

sekali sahaja tetapi berulang-ulang kali.


Mengetahui Kenapa Orang Datang Ke Surau
Pertama sekali, ketahui demografik masyarakat setempat (kariah) disekeliling surau seperti umur, jantina, pekerjaan, kaum dan sebagainya. Daripada data-data ini barulah aktiviti dapat dirancang memenuhi kehendak dan kesesuaian masyarakat setempat.

Kemudian dikenalpasti daya tarikan yang sedia ada pada rumah ibadat ini. Hal ini boleh diketahui dengan menjawab soalan kenapa orang datang ke surau.

Pada pandangan saya, manusia (termasuk diri saya sendiri) datang ke surau mungkin disebabkan 4 faktor utama:

  • Taat kepada perintah Allah dan Rasul - golongan seperti ini memang menjadi rutin buat mereka untuk datang menunaikan solat secara berjemaah seperti yang diperintahkan oleh Allah dan Nabi s.a.w.
  • Golongan bermasalah - individu yang mempunyai masalah-masalah besar yang mana pada pandangan mereka penyelesaian masalah hanya di tangan Allah. Jadi mereka datang ke surau untuk memohon pertolongan-Nya.
  • Golongan berhajat - individu yang mempunyai hajat tertentu yang mana pada pandangan mereka tidak mampu tercapai tanpa bantuan daripada-Nya. Walaupun begitu tidak terkecuali golongan yang ingin melepaskan hajat semata-mata dan datang ke surau untuk menggunakan prasarananya sahaja.
  • Komitmen - Individu yang mempunyai komitmen atau tanggungjawab tertentu terhadap surau akan sentiasa datang ke surau. Andaikata tidak datang ke surau komitmennya tidak terlaksana, maka sama ada dia akan dimarah atau mendapat malu.


Daripada Kenapa ke Bagaimana
Antara 4 faktor di atas, apa yang paling menarik dihati saya ialah komitmen. Faktor komitmen adalah faktor yang mampu dicipta dan dikawal oleh manusia sendiri.

 

Sehingga hari ini komitmen diberi hanya untuk menjadi imam, bilal dan siak. Terhad kepada individu tertentu dan tidak terbuka kepada semua golongan. Jadi bagaimana untuk memberi komitmen kepada golongan masyarakat lain?
Tidak terhad kepada aktiviti ibadah sahaja, dengan melihat sekeliling surau, banyak perkara, tugas dan komitmen boleh dibahagi-bahagikan.


 
Saya terfikir, kenapa tidak kita anjurkan kelas menanambunga dan kelas menjahit langsir di surau. Kemudian setiap hasil dari kelas tersebut diletakkan di surau itu sendiri.

 

Contohnya, bagi kelas menanam bunga, setiap perserta akan menghasilkan satu pasu bunga. Minta mereka meletakkan nama mereka serta keluarga mereka pada pasu tersebut. Kemudian bunga tersebut diletakkan di kawasan sekitar surau.
Ini secara tidak langsung akan mewujudkan akan adanya komitmen mereka untuk datang ke surau bagi melihat perkembangan pokok bunga tersebut. Dalam masa yang sama mereka akan kerap ke surau untuk membersihkan dan menyiram pokok bunga tersebut.

 

Bagi lelaki pula mungkin aktiviti pertukangan seperti membina almari dan tempat letak kasut boleh menjadi pilihan.
Sekiranya anak-anak mereka bersekolah di sekolah agama berdekatan, tampalkan hasil karya anak-anak mereka seperti lukisan dan karangan supaya ibu bapa dapat hadir ke surau untuk melihat dan membaca hasil karya anak-anak mereka juga anak-anak orang lain.


Kesimpulan
Ini tips untuk mengimarahkan surau. Tapi secara realitinya tidak semua yang datang ke surau akan turut sama bersembahyang berjemaah di sana.


 
Tapi berfikir secara positif. Bermain dengan nombor seperti dalam marketing. Tidak mustahil, lebih ramai yang datang ke surau maka lebih ramailah lagi yang akan turut sama bersembahyang berjemaah di sana.

- Artikel iluvislam

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

idea yang bagus. Jika di Kelantan, di masjid atau balai2soh (surau) diadakan kelas pengajian kitab.

 bila sekali kita dah pergi menyedok ilmu yang ada, mesti kita rasa BERAT untuk tinggalkan

pengajian itu. Maka, kita akan terus terikat dengan pengajian yang diadakan di masjid/ surau itu.

serius. di kelantan, Masjid di KB pun didatangi oleh makcik pakcik dari Kuala Krai, Machang.

 Pengajian di Bachok pun dipenuhi muslimin muslimat dari Kb dan Tumpat. Indah kan :)

 

Dan, jujur saya membuat DEKLARASI di sini, saya suka pada si dia yang hatinya terikat pada masjid.

 Takkan nanti dah nikah saya yang kena kata: Abang. Jom pergi masjid. Sebab lebih romantik kalau

Husband cakap: **, jom pergi Masjid. Sambil naik Mazda2 atau peugeot, atau motor AEK 700 ;) ,

atau jalan kaki :D

p/s: Kamu. Jom kita 'jumpa' di masjid :)

Saturday, December 17, 2011

tiba tiba :)


p/s: selalu dengar org kata, tiba-tiba jatuh cinta. Ouh saya tidak. Saya tidak secara tiba-tiba. Saya jatuh cinta (baca:suka) pada seseorang kerana ada sebab. Dan biar lah saya je tahu apa sebabnya.


**********************************************************

Assalamualaikum, kamu :)
Waaah laaama sgt tak update blog neh. Alhamdulillah ingt password lagi. Even few times fikir mcm nak stop ber-blog-ging.

Rasa mcm nk ber-vlog-ging boleh tak? Kot lepas tuh Matluthfi nk ajak jadi partner dlm vlog dia? Wow! okay, berangan :D


ouh btw. Berbalik kepada p/s di atas, tiada benda yang berlaku secara tiba-tiba atau kebetulan kan, dalam hidup kita. Semuanya Allah dah atur, kan :)


lagipun setiap perkara yang berlaku dlm hidup kita mesti lah bersebab. 'saje' itu juga sebab :)


so kena tukar lah tajuk post di atas. daripada tiba-tiba-rasa nak menulis semula, kepada saja-saja-nak menulis semula. Yeah!


before this kwn2 selalu tanya kenapa tak update blog. eleh ada yg bertanya, blog dia pun dia tak update :P jawapan yg saya bagi ialah, terlaaaaalu banyak peristiwa utk dikongsi. Sehinggakan, bila nak start menulis, tak tahu nak guna huruf apa.

Well. kalau nak pilih antara DUA pun susah, what more to choose one of the 26 alphabets, kan?


Cuba tengok neh:


Kalau alphabet kena pilih


A atau B atau C atau D atau E atau F atau G atau
H atau I atau J atau K atau L atau M atau N atau
O atau P atau Q atau R atau S atau T atau U atau
V atau W atau X atau Y atau Z.


Kalau antara DUA kena pilih


Antara dia yang selalu ada depan mata atau dia yang selalu ada dalam hati?


Antara dia yang kita tahu baik buruknya atau dia yang kita sedang menyangka dia seorang yang baik?

Antara dia yang selalu cuba buat sesuatu menggembirakan kita atau dia yang selalu buat kita gembira tanpa buat apa2?


Saya takut utk buat pilihan. kerana saya takut utk mengecewakan dan dikecewakan..
dan saya takut pilihan yang saya buat,
menjauhkan saya dari Allah..


okay okay dah. Nanti tak berhenti pula persoalan antara dua nih. Hihi. Susah kan nk buat pilihan? Ni baru antara dua. Klu antara 26 huruf tuh lagi susah nak pilih! :DD

okay. Tata semua. Korang tak payah fikirkan pula jawapan antara dua tuh. Tp kalau nak tolong fikirkan antara 26 tu boleh lah ;) Thank you :)



p/s Hidup memang sentiasa berhadapan dengan pilihan. Kita rujuklah kembali pada Allah, pilihan mana yang terbaik untuk kita. Allah Maha Mengetahui. Moga2 kita semua dapat membuat pilihan terbaik dalam setiap pilihan yang ada sepanjang hidup kita.. Biarlah pilihan itu mendekatkan kita pada Allah. Dan, percayalah, apa saje pilihan yang telah kita buat, everything happens for a good reason.

.for you with love.


kalau antara  DUA layang2 ini, saya pilih kuning. dah jelas lagi terang lagi nyata. kamu tahu  sebab apa kan :)

Carta Hati :)


Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku
Aku mulai resah
Hati ku jadi kebah
Melihat diri mu aku rebah
Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
lagu cinta kita bermula
dari mata turun ke jiwa
dari teman menjadi cinta
dan berjanji untuk setia
sehidup semati kita
menjanji kan bahagia
untuk kita berdua selamanya
jangan engkau jangan pergi
jangan tinggal ku sendiri
jangan tinggal kan carta hati
kau janji kan bahagia
ku janji kau tak terluka
teruslah berada di carta hati kita
Lagu Najwa Latiff. Even tak lah suka dia sangat, tp lagu nih sweeet :) Enjoy! :)

Sunday, April 24, 2011

persoalan




rasa tak bila-bila kita nak meninggal dunia boleh?
mungkin semalam kita bergembira dgn kawan2
tp esoknya kwn2 bergembira tanpa kita.

bila kita meninggal,
mesti mak ayah dan keluarga org yg paling sedih.
dan mereka juga org yg paling byk sampaikan doa. kan.

okay. saya sedih. saya tahu kematian itu aturan Allah.
dan saya yakin dgn janji Allah,
syurga itu milik semua.

Allah.
jika kami berpisah di dunia.
ingatkan kami yang kami akan berkumpul di syurga.


ayah. mak. abang. kak na. kak nis. heri. adik.
kak aween. abang zukhairi. al fateh. al amin.
dan yang bakal jadi ahli keluarga insyaAllah.
Ya syg korang semua. demi Allah. atas nama Allah.

Wednesday, April 20, 2011

airmata nur salina


salam.

ok, cuti 5bulan adalah cuti yg sgt lah panjang. byk yg amat kerja2 atau perkara2 yg boleh dibuat. and kte, sebelum cuti dh copy byk2 movie dr kawan. dan juga spjg cuti, download cerita2 di tv. kte, bukanlah movie addicted, or mletakkan mnonton tv sbgi hobi.
tp bila cuti lama begini..hee mahu juga mnonton. sbb, byk perkara yg boleh diperolehi drpd mnonton sebuah cerita. ye lah, apa yg dilayarkan berdasarkan apa yg berlaku dlm masyarakat, kan.

and i just finished watching 'airmata nur salina'. cerekarama, arahan erma fatima. lakonan umie aida dan remy ishak. sbb mnonton? sbb, kakak ipar suggest.





allahuakbar. itu sahaja yg terkeluar dr mulut ketika menonton..dan disertakan dgn air mata. Sungguh, betapa manusia itu bergantung kpd Allah.. dan betapa manusia itu akan sesat jika hidupnya tdk berpandukan quran dan sunnah.
Dari Zaid bin Arqam, r.a. katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kitab Allah Azza wa Jalla ialah tali Allah (sebab yang membawa kepada rahmat Allah), sesiapa yang menurutnya: Beradalah ia dalam hidayat pertunjuk yang sebenar-benarnya dan (sebaliknya) sesiapa yang meninggalkannya: Beradalah ia dalam kesesatan. ” (Muslim)

dr mula hubungan afka dan salina, sudah penuh dosa. ditangkap berduaan di hotel murah. bahkan perkahwinan tidak direstui makayah. Perkahwinan yg diredhai itulah perkahwinan yg diberkati. dan keberkatan sebuah perkahwinan dicapai insyaAllah melalui restu ibu bapa, yg mana perkahwinan itu mngikut ajaran quran dan sunnah.
terus pula dgn perjudian. Astaghfirullah.. Allah sudah berfirman dengan jelas ttg pengharaman judi. (ayat nih sebelum diturunkan ayat pharaman arak)
Surah al-Baqarah:219: Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) ttg khamar dan judi. Katakanlah, 'Pada kedua2nya terdapat dosa besar dan bberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosanya lebih besar dari manfaatnya....

berjudi. hidup tunggang langgang. konon berserah pada 'luck'. duit dihabiskan. business entah ke mana. dosa berbakul2. anak2 mkn duit haram. isteri mkn duit haram. Allahuakbar.. terlalu byk dosa dlm perjudian! 

afka afka. kenapa hidup lupa Allah.. ada isteri cantik penyabar.. Afka sayang, Afka hargai. Tp, jika sayang dan penghargaan itu sekadar dunia, sekadar mngikut hati yg penuh dosa.. ia tdk mbawa ke mana.. bahkan, ia mnyeksa salina..
pandai pula afka tdk izinkan salina utk mnyanyi di club malam. salina sendiri, ntah mana letaknya agama terfikir utk bekerja begitu. byk lg rezeki halal yg boleh dicari.. kerja cleaner itu dh cukup baik. biar sengsara dgn khidupan dunia.. jgn sengsara dgn khidupan akhirat... na'uzubillah.

dan yg paling tdk boleh diterima ialah apabila Afka izinkan isterinya utk Man, kwn diorg yg dah lama minat pada Salina. Astaghfirullah.. mcm mana seorg lelaki boleh izinkan lelaki lain, even utk sentuh sedikit kulit isterinya.. Utk izinkan isteri bekerja di club malam pandai pula tak izinkan.

nampak sgt, Afka mhalang mengikut emosi. bukan mngikut agama. jika benar dia halang salina utk bkerja di club mlm kerana agama, dia takkan benarkan Man sentuh Salina. Tp, disbbkan dia mhalang Salina bkerja di club mlm, kerana emosinya yg halang.. sekadar dia tdk mahu menanggung cemburu.. kerana itu dia tdk kisah Man mnyentuh Salina. Dia tdk cemburu pd Salina..bahkan dia rela jadikan Salina sbgi taruhannya.

Afka pandai mengawal emosi. tp dia gagal dlm menahan marah. Lelaki, jika gagal mengawal marah dan emosi, mmg tidak (HURUF BESAR) layak utk dijadikan suami. Kenapa? jwpnnya, jelas. 



dan, babak terakhir.. Salina mbunuh Afka. Di hdpn anak2. Adab pergaduhan suami isteri, yg diajar oleh Islam sudah dicampakkan entah ke mana. Bahkan, islam juga mdidik mngawal marah.. juga ntah ke mana didikan itu. Tp, tiada siapa yg tahu apa yg ditanggung Salina.. Sehingga dia sanggup mbunuh suami nya sendiri. Tapi Salian, percayalah.. Allah uji kerana Allah sayang. Dan Allah uji, dgn apa yg Salina mampu utk pikul..
Surah al-Baqarah:286: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn ksanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kbajikan) yg dikerjakannya, dan dia mendapat (siksa) dari (kjahatan) yg diperbuatnya....

Allah Maha Pengampun. Sebanyak mana dosa kita lakukan di dunia, ampunan Allah lebih banyak dari dosa kita. Allah Maha Penyayang. Aturan Allah adalah aturan terbaik. Moga kasih dan redha Allah sentiasa ada dalam hidup kita dunia akhirat.



Allahualam. 
Masing2 ujian hidupnya berbeza. Masing2 mbawa takdir yg berbeza. Doa ialah wadah utk kita berbicara pada Allah. Moga kita sentiasa hidup dlm Islam. InsyaAllah kita selamat dunia akhirat.

p/s: ok ok kte tahu ini satu lakonan. (kte tdk mahu berbicara lebih soal pelakon2 itu. ini soal mesej dlm lakonan mereka.) Kte 'emosi' ketika menonton. kerana lakonan itu menggambarkan apa yg berlaku dlm masyarakat. Dan kte mmg jarang mnonton, tetapi apabila mnonton, kte menonton dgn penuh fikiran. Dan ini apa yg kte fikirkn ketika menonton, Airmata Nur Salina.



Tuesday, April 12, 2011

utk kamu :)

alexa: andai

Beri aku waktu untuk bisa
Membuatmu tertawa
Jauh jauh jauh dari
Jauh dari masalah
Beri aku waktu untuk bisa
Membuatmu bahagia
Jauh jauh jauh dari
Jauh dari derita
Ku akan selalu menemanimu
Ku akan selalu menemanimu
Ku akan selalu ada untukmu..
Andai ku di hatimu
Andai ku di pelukmu
Andaikan kau menjadi milikku
Andai ku di hatimu
Andai ku di dekapmu
Andaikan kau menjadi milikku
Beri aku waktu untuk bisa
Membuatmu bahagia
Jauh jauh jauh dari
Jauh dari derita
Ku akan selalu menemanimu
Ku akan selalu menemanimu
Ku akan selalu ada untukmu..

okay both of is need ample time. there are so many things to be considered.
insyaAllah, one day, we will be together and,
since that memorable day,
i will always try my very best to make u laugh and smile.

with love, and i miss u.
me :)